Wednesday, August 11, 2010

IB batch 4 :)

secara jujurnya , aku mmg sedih gila bila habis graduasi hari tu. Hari yg mana aku berharap dapat borak2 dgn korg lama2, dpat bahan korg, tp apakan daya, nk borak pun, dapat sekejap je, dan ada yg tak dapat borak lgsg sebab masing2 skrg dah sibuk. sedih sedih. lagi sedih sebab aku berharap sgt nk jumpa fikh n he', tp dorg ada kelas pagi tu. aku rindu gila nk borakkkkkkkkkkk. sedih lg bila melihat seketoi2 budak2 ni balik. jumpa lg ke kita lepas ni? sobs3~

bertambah tambah sedih lg bila mengenangkan saat2 kita bersama. Saat2 kita bersuka ria, berduka lara. Saat2 kita berkaroake dalam shower, saat2 main futsal dekat S2, saat2 buka puasa ramai2, saat2 tgk movie hari minggu, saat2 bahan membahan membe2, saat2 main dota, saat2 membe emo, saat2 makan lahuma bersama, saat2bgn lambat pegi kolej, saat2 makan ikan ds petang2. sumpah aku rindu saat tu.
bila dikenangkan, mmg sedih. bila lg kita boleh ada saat macam tu lepas ni kan. lepas ni semua terpisah dgn haluan masing2. sobs3 :(

Tapi sedih lama2 mmg tak guna. jadi disini, aku nk ucapkan SELAMAT BERJAYA RAKAN RAKAN IB BATCH 4, YG LUAR KE YG DALAM KE, KORG TETAP IB BATCH 4. ADA MASA KITA JUMPA. TAKDA MASA? BUAT2 LA ADA MASA. :)

Akhir kata, pantun cliche syikitt~

ada kaca ada gelas,
sudah baca harap balas.

kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
boleh la kita bertemu lg.

yg benar,
ikmal jambu@taico@taisho :)

Friday, June 18, 2010

3 idiots

Stlh setahun meninggalkan blog ni, hari ni se nak borak ttg satu filem hindustan, 3 idiots yg dibintangi amir khan dan rakan2. Filem ini mempunyai jalan cerita yg ringkas, ttg 3 sahabat yg menuntut di sebuah kolej kejuruteraan India. Namun mesej dalam filem ini agak bagus dan mantop. Filem ini mgkritik ttg dasar sistem pendidikan zaman kini, sistem yg mengajar bukannya mendidik. Kesannya, lahir pelajar yg cenderung kpd mengejar kejayaan material shj. Hampeh dalam kata lainnya!

Maaf se mmg kurang sikit bab menulis. Maaf jika ayatnya skema2 belaka.

Salam perpaduan, salam 1Malaysia!?

p/s: WC hambar

Thursday, June 11, 2009

T.T

Hidup ini ibarat roda.. kadang2 kita di bawah, kadang2 kita di atas. dan rasanya aku sedang berada di bawah. Bukan sebab aku tak siap homework dan bukan juga sebab cuti hampir tamat. takpe.. ujian hidup mungkin..

Hmmm..

Zzzz..

Monday, June 8, 2009

Mari berkongsi

"If you have an apple and I have an apple and we exchange these apples then you and I will still each have one apple. But if you have an idea and I have an idea and we exchange these ideas, then each of us will have two ideas."
- George Bernard Shaw -

Kongsi-kongsilah idea korang

Thursday, June 4, 2009

Laghooooo

Masuk hari ni da 4 hari berturut-turut aku tido lps kol 6.. Sume sbb online pnye pasal.. Nampaknya aku tak adil la pada masa tido aku.. Hmmm..

Walaubagaimanapun..

Zzzzz..

Tuesday, June 2, 2009

Ragu-ragu

"... segala keraguan itulah yang akan dapat menyampaikan kepada kebenaran. Barangsiapa tidak mempunyai keragu-raguan, maka ia tidakla berfikir, barang siapa tidak berfikir, maka ia tidaklah akan waspada, dan barang siapa tidak waspada, maka ia tetap buta dan tersesat."

-al-Ghazali-

renung-renungkanlah..

Zzz..

Friday, May 29, 2009

Adil..

Adil dari segi bhs adalah sama rata atau seimbang.Sifat adil ini tersangatlah istimewa kerana ia menjamin kelangsungan sesuatu konsep yang mana jika dibandingkan dengan sifat berlebihan yang tidak tahan lama. Misalnya, jika kita berlari, meskipun ia meningkatkan kelajuan kita, namun tidak ramai yang dapat bertahan lama, berbeza dengan apabila kita berjalan, meskipun ia lebih lambat tetapi ia lebih tahan lama.
Seimbang atau adil juga terdapat dalam fenomena alam seleliling kita. Sebagai contoh, fenomena malam dan siang, kejadian 4 musim, etc.. Semua fenomena ini tersusun dalam sususan keseimbangan masing-masing; tidak ada yang mengambil hak yang lain.
Adil dari segi syarak pula adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia melibatkan banyak perkara.Di antaranya:
  1. Mengenai orang
  2. Mengenai benda
  3. Mengenai masa atau keadaan

MENGENAI ORANG

Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil. Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukanpada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah namanya iaitu lawan bagi adil.

MENGENAI BENDA

Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak diletakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehingga boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim dan jatuh berdosa.

MENGENAI MASA

Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah. Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itu dianggap zalim.

Oleh itu, adilkan anda dalam kehidupan anda? jikalau tak, andalah orang-orang yang zalim keran lawan adil itu adalah zalim..

Zzz..