- Mengenai orang
- Mengenai benda
- Mengenai masa atau keadaan
MENGENAI ORANG
Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil. Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukanpada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah namanya iaitu lawan bagi adil.
MENGENAI BENDA
Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak diletakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehingga boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim dan jatuh berdosa.
MENGENAI MASA
Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah. Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itu dianggap zalim.
Oleh itu, adilkan anda dalam kehidupan anda? jikalau tak, andalah orang-orang yang zalim keran lawan adil itu adalah zalim..
Zzz..