Friday, May 29, 2009

Adil..

Adil dari segi bhs adalah sama rata atau seimbang.Sifat adil ini tersangatlah istimewa kerana ia menjamin kelangsungan sesuatu konsep yang mana jika dibandingkan dengan sifat berlebihan yang tidak tahan lama. Misalnya, jika kita berlari, meskipun ia meningkatkan kelajuan kita, namun tidak ramai yang dapat bertahan lama, berbeza dengan apabila kita berjalan, meskipun ia lebih lambat tetapi ia lebih tahan lama.
Seimbang atau adil juga terdapat dalam fenomena alam seleliling kita. Sebagai contoh, fenomena malam dan siang, kejadian 4 musim, etc.. Semua fenomena ini tersusun dalam sususan keseimbangan masing-masing; tidak ada yang mengambil hak yang lain.
Adil dari segi syarak pula adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia melibatkan banyak perkara.Di antaranya:
  1. Mengenai orang
  2. Mengenai benda
  3. Mengenai masa atau keadaan

MENGENAI ORANG

Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil. Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukanpada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah namanya iaitu lawan bagi adil.

MENGENAI BENDA

Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak diletakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehingga boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim dan jatuh berdosa.

MENGENAI MASA

Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah. Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itu dianggap zalim.

Oleh itu, adilkan anda dalam kehidupan anda? jikalau tak, andalah orang-orang yang zalim keran lawan adil itu adalah zalim..

Zzz..

5 comments:

  1. ko tyco ke?
    spot talk minggu lepas tajok 'adil' ke?
    hehe juz jokg,,
    zzz,,hmmm..

    ReplyDelete
  2. haha..
    lps ni spot talk, aku volunteer.. tara hal la

    ReplyDelete
  3. weyh, ko sape ha????...
    bagi balik ikmal jamban saser...
    kah3...

    mane name akoo loh??..

    ReplyDelete
  4. to blade: aku da berubah ma.. LOL

    to Myra: ape adek2.. :p

    ReplyDelete