Thursday, June 11, 2009

T.T

Hidup ini ibarat roda.. kadang2 kita di bawah, kadang2 kita di atas. dan rasanya aku sedang berada di bawah. Bukan sebab aku tak siap homework dan bukan juga sebab cuti hampir tamat. takpe.. ujian hidup mungkin..

Hmmm..

Zzzz..

Monday, June 8, 2009

Mari berkongsi

"If you have an apple and I have an apple and we exchange these apples then you and I will still each have one apple. But if you have an idea and I have an idea and we exchange these ideas, then each of us will have two ideas."
- George Bernard Shaw -

Kongsi-kongsilah idea korang

Thursday, June 4, 2009

Laghooooo

Masuk hari ni da 4 hari berturut-turut aku tido lps kol 6.. Sume sbb online pnye pasal.. Nampaknya aku tak adil la pada masa tido aku.. Hmmm..

Walaubagaimanapun..

Zzzzz..

Tuesday, June 2, 2009

Ragu-ragu

"... segala keraguan itulah yang akan dapat menyampaikan kepada kebenaran. Barangsiapa tidak mempunyai keragu-raguan, maka ia tidakla berfikir, barang siapa tidak berfikir, maka ia tidaklah akan waspada, dan barang siapa tidak waspada, maka ia tetap buta dan tersesat."

-al-Ghazali-

renung-renungkanlah..

Zzz..

Friday, May 29, 2009

Adil..

Adil dari segi bhs adalah sama rata atau seimbang.Sifat adil ini tersangatlah istimewa kerana ia menjamin kelangsungan sesuatu konsep yang mana jika dibandingkan dengan sifat berlebihan yang tidak tahan lama. Misalnya, jika kita berlari, meskipun ia meningkatkan kelajuan kita, namun tidak ramai yang dapat bertahan lama, berbeza dengan apabila kita berjalan, meskipun ia lebih lambat tetapi ia lebih tahan lama.
Seimbang atau adil juga terdapat dalam fenomena alam seleliling kita. Sebagai contoh, fenomena malam dan siang, kejadian 4 musim, etc.. Semua fenomena ini tersusun dalam sususan keseimbangan masing-masing; tidak ada yang mengambil hak yang lain.
Adil dari segi syarak pula adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia melibatkan banyak perkara.Di antaranya:
  1. Mengenai orang
  2. Mengenai benda
  3. Mengenai masa atau keadaan

MENGENAI ORANG

Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil. Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukanpada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah namanya iaitu lawan bagi adil.

MENGENAI BENDA

Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak diletakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehingga boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim dan jatuh berdosa.

MENGENAI MASA

Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah. Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itu dianggap zalim.

Oleh itu, adilkan anda dalam kehidupan anda? jikalau tak, andalah orang-orang yang zalim keran lawan adil itu adalah zalim..

Zzz..

Tuesday, April 14, 2009

WORK WORK WORK ZZZ..

Plenty of works need to be summit this week. Yeah. My fault. Sape suruh tangguh2 keje kan.

So. Ciao. Zzz..

Saturday, April 11, 2009

SPOT TO TALK

Yeah. Pada assembly hari sealasa lepas namaku telah di-spot oleh IBC tersayang untuk memberi satu speech yang aku sendiri tak tau tajuknya. Down2. Nk gugur jantung aku bila dengar IBC sebut 'MUHAMAD IKMAL BIN SAPINI'. Aku dengan panik tapi macho bangun dan jalan menuju ke stage. Dengan dada yang bedebar laju cam bullet train ditambah pulak dgn sorakan para peminat di dewan hari tu membuatkan aku lebih cuak sampai rasa nak pengsan.
Otw ke stage ada orang bagi handout pasal tajuk yg diberi pada aku. Thanx la pd Azwan, rummate ku. Zzz. Sampai atas stage aku bagi salam pastu aku blur n tak tau nk bwat pe. Aku bagi 2-3 ayat pastu aku turun pentas dgn perasaan malu yg amat. Yeah amat memalukan.
Aku yang sebelum ini yakin 100% dan menyatakan zero probability bahawa nama aku takkan di-spot, was proven wrong bak kata orang putih. Sahabat-sahabat hanya mampu tergelak dan aku pula hanya mampu tersengih walaupun diri ini terasa sangat malang sekali.
Walau apa pun sediakan payung sebelum hujan la. Jgn da hujan baru nk cari payung. Itu bkn smat tapi bongok kot. Dan satu lagi, jangan la terlampau yakin sangat instinct kita ni sebab kadang-kadang dorg tu bukan betol sangat. Ok.
Zzz..